Sewaktu kecil anak-anak menjadi perhiasan mata kerana lucunya, kerana dia tumpuan harapan, maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya. (Hamka)

Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka )

Selasa, 25 Ogos 2009

Sanah Helwah Ya Jameelah!!

Akibat pengaruh tv yang sangat kuat, tahun ni kenalah belikan Kakak Khadijah kek pada harijadinya. Selalu tengok dalam tv budak-budak sambut harijadi ada kek dan nyanyi lagu selamat hari jadi, kesannya... tiap-tiap hari mintak dibelikan kek yang ada lilin. Garang-garang ayahnya, kalah juga dengan anak. Emm...


Kek harijadi kakak Khadijah, siap ada nama dia.



Gembira sangat sebab dapat juga sambut harijadi yang ke 3 tahun

Muka tak malu, nyanyi sediri, tiup lilin sendiri, makan kek sendiri, sambut sendiri. He he..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan