Sewaktu kecil anak-anak menjadi perhiasan mata kerana lucunya, kerana dia tumpuan harapan, maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya. (Hamka)

Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka )

Ahad, 30 Ogos 2009

Pengubat Rindu Muna Aisyah.

Pengubat rindu Muna Aisyah sentiasa melekat dibibirnya. Kalau menyusu tak beringat sampai muntah-muntah. Terpaksalah ayahnya membeli susu tiruan.


Hari Sabtu lepas adalah hari malang si Muna Khadijah, punya la seronok bermain dengan sepupu-sepupunya sampai jatuh dari tangga rumah atoknya. Dah la jatuh, hidungnya terkena pen yang dipegang. Hari ni semakin bengkak nampaknya.

Selasa, 25 Ogos 2009

Sanah Helwah Ya Jameelah!!

Akibat pengaruh tv yang sangat kuat, tahun ni kenalah belikan Kakak Khadijah kek pada harijadinya. Selalu tengok dalam tv budak-budak sambut harijadi ada kek dan nyanyi lagu selamat hari jadi, kesannya... tiap-tiap hari mintak dibelikan kek yang ada lilin. Garang-garang ayahnya, kalah juga dengan anak. Emm...


Kek harijadi kakak Khadijah, siap ada nama dia.



Gembira sangat sebab dapat juga sambut harijadi yang ke 3 tahun

Muka tak malu, nyanyi sediri, tiup lilin sendiri, makan kek sendiri, sambut sendiri. He he..

Ahad, 23 Ogos 2009

Makan Bantal

Pernah dengar MAKAN BANTAL? Kat bawah ni ada beberapa gambar rambut Muna Aisyah yang dimakan oleh bantal. Kenyang agaknya bantal tu...











Kesian Aisyah, tinggal tengah-tengah je rambut dia.






Dah la tinggal tengah, kat tengah dia pun tak da rambut juga.

Walaupun rambutnya da dimakan bantal, dia tetap tenang dan mengantuk.

Sabtu, 22 Ogos 2009

Juadah Buka Hari Pertama Puasa

Biar berbuka sederhana dan jimat, tapi kesedapan yang tidak terhingga. Tak payah bersesak-sesak membeli di bazar. Sebab hari pertama posa mesti ramai punya.















Kurma dan air bandung sajian yang penting.













Ayam goreng.













Taugeh masak lemak. Tengok betul-betul, ada daun cekor kesayangan yang ditanam di belakang rumah













Nasi putih, sambal tumbuk dan tak leh ketinggalan adalah kicap manis.

SELAMAT MENJALANKAN IBADAH PUASA DENGAN PENUH KETAATAN DAN KEINSAFAN.

Khamis, 20 Ogos 2009

Pokok Cekor

Cekor kesayanganku

Pokok Cekor kat rumah, masa tak ada sibuk mencari. Bila dah ada tak guna pulak. Tapi bau dia memang best. Masakan Mak yang guna daun cekor paling aku suka ialah URAP ( Dalam bahasa Jawanya KLUBAN ) Masa kat luar negara dulu, tak ada apa yang paling ku ingat pasal makanan Malaysia kecuali URAP yang banyak daun cekornya.

INFO MEGENAI CEKOR
Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari keluarga "Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari. Nama pokok botani ini ialah saoropus androgynus dan berada daripada keluarga euphorbiaceace.
Cekur ialah sejenis herba renek yang tumbuh melebar di atas tanah. Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan dan tumbuh padat. Daunnya licin dan berbentuk bujur tirus. Hujung daun agak runcing iaitu berukuran lebih kurang 16sm panjang dan 8sm lebar. Daun atasan biasanya membesar dengan sempurna sementara daun bawahan tinggal sebagai scales.Apa yang uniknya tumbuhan herba ini selain mempunyai aroma yang membabitkan selera jika diadun dalam resepi masakan cekur adalah pokok herba yang tidak mempunyai batang.

Selasa, 18 Ogos 2009

Pondok Kesayangan

Berjalan-jalan di internet. Tiba-tiba terjumpa gambar Pondok Penanti ( Madrasah Manabiul Ulum ) tempat belajar dulu. Dah banyak perubahan. Tak sempat nak merasa pondok-pondok baru yang cantik.
Banyak ilmu dan pengalaman yang diambil dari Pondok Penanti ni. Banyak-banyak tempat belajar, Penanti adalah yang terBEST.
Semoga Pondok Penanti terus melahirkan insan yang berguna kepada Agama, Bangsa dan Negara
Pondok lama tempat aku belajar dulu...... memang best.
Pondok-pondok baru yang tak sempat nak tengok sendiri



Isnin, 17 Ogos 2009

Menanti Hasilnya...

5 bulan yang lalu cuba-cuba menumpang tanam sikit nenas di kebun ayah. Itu pun lepas bersihkan kebun yang terbiar dan tanam sawit. Tengok ada ruang sikit yang boleh disumbat nenas, ada rezeki nak masukan lagi 3 - 4 ribu.

Lagi 5 atau 6 bulan boleh kutip hasil kot ni...









































Tak sedar bila masa sawit ni membesar, lagi 3 atau 4 tahun dah boleh kot. Adik pun dah mula bersemangat memetik sawit.









Ahad, 16 Ogos 2009

Mencukur Kepala Hari Ke 7

Selepas Dicukur



Sebelum dicukur


Dua Permata Hati

Muna Khadijah dan Muna Aisyah dua permata hati
yang sentiasa di hati. Penghilang lelah dan penghibur
hati. Semoga menjadi anak yang solehah.

Muna Khadijah : 29 Rejab ( 24 Ogos 2006 )

Muna Aisyah : 2 Syaaban (24 Julai 2009 )