Sewaktu kecil anak-anak menjadi perhiasan mata kerana lucunya, kerana dia tumpuan harapan, maka setelah dia besar, dia menjadi kebanggaan kerana kejayaan hidupnya. (Hamka)

Ikhlas dan sejati akan bertemu di dalam senyuman anak kecil, senyum yang sebenarnya senyum, senyum yang tidak disertai apa-apa. ( Hamka )

Khamis, 20 Ogos 2009

Pokok Cekor

Cekor kesayanganku

Pokok Cekor kat rumah, masa tak ada sibuk mencari. Bila dah ada tak guna pulak. Tapi bau dia memang best. Masakan Mak yang guna daun cekor paling aku suka ialah URAP ( Dalam bahasa Jawanya KLUBAN ) Masa kat luar negara dulu, tak ada apa yang paling ku ingat pasal makanan Malaysia kecuali URAP yang banyak daun cekornya.

INFO MEGENAI CEKOR
Cekur atau nama saintifiknya Kaempferia galanga Linn dari keluarga "Zingiberaceae" adalah sejenis tumbuhan tropika yang terdapat di Malaysia. Cekur adalah tumbuhan herba yang bersaiz kecil dan hanya mempunyai dua hingga tujuh helai daun sahaja. Daun cekur boleh mencapai saiz 10 cm dan bunga tumbuhan ini pula mempunyai belahan yang berwarna putih dan dua belahan lengkuk yang berwarna ungu. Batang yang muda biasanya berwarna hijau muda dan batang yang tua berwarna hijau tua dan kelabu. Batang pada pangkal pokok biasanya sebesar ibu jari. Nama pokok botani ini ialah saoropus androgynus dan berada daripada keluarga euphorbiaceace.
Cekur ialah sejenis herba renek yang tumbuh melebar di atas tanah. Daun tersusun dalam pasangan yang bertentangan dan tumbuh padat. Daunnya licin dan berbentuk bujur tirus. Hujung daun agak runcing iaitu berukuran lebih kurang 16sm panjang dan 8sm lebar. Daun atasan biasanya membesar dengan sempurna sementara daun bawahan tinggal sebagai scales.Apa yang uniknya tumbuhan herba ini selain mempunyai aroma yang membabitkan selera jika diadun dalam resepi masakan cekur adalah pokok herba yang tidak mempunyai batang.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan